Pusat Internet 1Malaysia (dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti) merupakan sebuah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dikendalikan oleh Telekom Malaysia dan MSD Digital Inteligence Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.
Pusat Internet 1Malaysia Sungai Sireh telah beroperasi secara keseluruhan pada 16 November 2009. Asal Pusat Internet 1Malaysia Sungai Sireh adalah sebuah bangunan JKKP yang dijadikan dewan orang ramai untuk penduduk Kampung Ampangan. Dengan persetujuan daripada JKKP, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor dan orang ramai, bangunan tersebut dijadikan Pusat Internet 1Malaysia.
Pusat Jalur Lebar Komuniti(PJK) telah menjadi sebutan orang kampung sehingga hari ini. Walaupun PJK telah bertukar menjadi Pusat Internet 1Malaysia. Pusat Internet 1Malaysia telah banyak dinaik taraf menjadi bangunan dalamnya lebih menarik seperti komputer, meja, kerusi, bilik latihan dan banyak lagi.
Arus kemodenan membawa perubahan kepada Pusat Lajur Lebar Komuniti kepada Pusat Internet 1Malaysia pada Januari 2013. Dengan adanya Pusat Internet ini, penduduk kampung tidak bersusah payah ke pekan.
Gambar Lama Pusat Jalur Lebar Komuniti bertukar ke Pusat Internet 1 Malaysia.