
NADI adalah sebagai Pusat Sehenti untuk menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
Fokus NADI tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta. Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di NADI supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.
Sebanyak 873 NADI sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap NADI dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. NADI juga mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi kerajaan lain dan swasta. 37 NADI baharu akan dibuka pada suku pertama tahun 2022. Sementara sebanyak 173 NADI akan ditubuhkan di bawah matlamat 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) 1 NADI. NADI ini dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada penhujung Disember 2022. Ini menjadikan sebanyak 1,083 NADI beroperasi di seluruh negara.
NADI menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:
-
latihan ICT,
-
latihan keusahawanan,
-
latihan multimedia,
-
e-pembelajaran,
-
latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro; dan program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.
Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Senarai ini akan ditambah baik dengan penglibatan yang lebih dari agensi serta swasta.
Objektif Penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi peranan NADI sebagai pusat pendigitalan dan tumpuan komuniti setempat, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Panel Penasihat NADI diwujudkan di semua NADI di seluruh negara. Objektif utama Panel Penasihat NADI adalah untuk menggalak dan memberi peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) dalam kalangan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan NADI serta menarik masyarakat setempat untuk mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan dan aktiviti di NADI tersebut.
Perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sungai Sireh
NADI menawarkan latihan ICT(information and Communications Technology) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli NADI. Selain itu, NADI juga menyediakan perkhidmatan Internet jalur lebar, printing, scanning, fotostat, laminate, binding
Latihan yang disediakan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
-
Kelas Asas ICT
-
Kelas STEM-Iot
-
Kelas Asas Keusahawanan
-
Kelas E-Pembelajaran
-
Kelas SoftSkills
Kemudahan yang disediakan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sungai Sireh
- Membayar bil-bil semasa
- Melakukan urusan jual beli secara atas talian
- Mendapatkan pelbagai maklumat am
- Mengiklankan produk jualan dan perkhidmatan secara atas talian
- Menggunakan sistem penyampaian kerajaan untuk membuat aduan atau cadangan
Keahlian Rm5/ Seumur Hidup Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
1)Percuma penggunaan komputer selama 1jam dalam 3 bulan dari tarikh pendaftaran keahlian.
2)Pinjaman netbook selama 30 hari (1 bulan)
3)Latihan ICT secara percuma
4)Kad keahlian –kumpul mata melalui kad keahlian dan tebus hadiah misteri
5)Berpeluang menjadi salah seorang ikon kisah kejayaan
MAKLUMAT PETUGAS Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) SUNGAI SIREH

Pengurus : Nurakma Suhaila binti Shari
No Tel : 019-233 9787
Emel : nurakma.suhaila@pedi.my
Portal : sgsireh.pjk.com.my
Alamat : Lorong 23 Parit 1 Sg Sireh,
Kampung Ampangan,
45500 Tanjung Karang,
Selangor.
Pen. Pengurus : Noraini binti Adimun
No Tel :012-9420058
Emel : norain.adimun@pedi.my
Portal : sgsireh.pjk.com.my
Alamat : Lorong 23 Parit 1 Sg Sireh,
Kampung Ampangan,
45500 Tanjung Karang,
Selangor.
