Masa : 10.00pagi- 1.00 tengahari Lokasi : Bilik Latihan Pi Sg Sireh Peserta : Wanita |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi maklumat berkenaan dengan perkakasan komputer. Kelas ini menerangkan mengenai komputer mempunyai 2 bahagian iaitu perkakasan dan perisian. Perkakasan dibahagikan kepada komponen dalaman seperti kad memori, cakera keras, pemacu cvd rom, kad bunyi dan lain-lain.
Aktiviti
Petugas menerangkan mengenai perkakasan melalui buku panduan yang telah disediakan. Peserta diberitahu perkakasan luaran seperti skrin komputer, papan kekunci, tetikus, pemacu cd rom, cd burner, pengimbas dan mesin pencetak. Petugas memberi penerangan mengenai fungsi setiap perkakasan komputer.