LAPORAN AKTIVITI:KIDSVENTURE LIVE WEBINAR (PEMASARAN 2)
| Tarikh : 28 Mac 2026 Masa : 10.00pagi-11.00pagi Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : orang awam |
Tujuan
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pemasaran dalam perniagaan. Selain itu, ia membantu peserta memahami cara mempromosikan produk atau perkhidmatan dengan lebih berkesan serta meningkatkan kreativiti dalam menarik minat pelanggan.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan sesi penerangan mengenai konsep asas pemasaran dan kepentingannya dalam perniagaan. Peserta turut didedahkan dengan teknik promosi yang sesuai seperti penggunaan media sosial, cara memperkenalkan produk, serta strategi menarik pelanggan. Sepanjang webinar, peserta juga berpeluang bertanya soalan dan berkongsi idea berkaitan pemasaran. Program diakhiri dengan rumusan dan sesi soal jawab.