mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti-Webinar Safe and Shield Buli Siber Kecil di skrin, Besar kesannya

Tarikh    : 22 Februari 2025
Masa     : 3.00ptg-4.00ptg
Lokasi  : NADI Sungai Sireh 
Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

Webinar Buli Siber dapat meningkatkan kesedaran mengenai buli siber dalam kalangan kanak-kanak. Memberikan maklumat tentang cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli siber.Mempromosikan kepentingan sokongan emosi dan bantuan kepada mangsa buli siber.

Aktiviti
Peserta webinar memberikan maklum balas yang sangat positif, dengan kebanyakan mereka menyatakan bahawa program ini telah membantu mereka memahami bahaya buli siber dan bagaimana untuk menanganinya. Beberapa peserta juga mencadangkan agar webinar seperti ini diadakan secara berkala bagi meningkatkan kesedaran masyarakat secara lebih meluas.