Laporan Aktiviti-Webinar Pemasaran Digital-Kelas Usahawan

Laporan Aktiviti | 3 April 2026
Tarikh    : 31 Mac 2026
Masa     : 10.00pagi-11.00pagi
Lokasi  : NADI Sungai Sireh
Peserta : Orang awam

Tujuan

Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pemasaran digital untuk membantu mempromosikan perniagaan secara lebih efektif. Peserta diperkenalkan dengan pelbagai platform digital seperti media sosial, teknik penghasilan kandungan menarik, serta strategi untuk meningkatkan capaian dan jualan secara atas talian. Selain itu, sesi ini turut berkongsi tips penggunaan alat digital dan contoh amalan terbaik dalam pemasaran bagi menarik minat pelanggan.

Aktiviti

Memberi pengetahuan asas tentang pemasaran digital kepada usahawan. Membantu peserta memahami penggunaan platform media sosial untuk perniagaan. Meningkatkan kemahiran menghasilkan kandungan pemasaran yang kreatif dan berkesan. Menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam mengembangkan perniagaan. Membantu usahawan meningkatkan capaian pelanggan dan potensi jualan secara atas talian.

Webinar Pemasaran Digital-Kelas Usahawan – NADI Sg Sireh, Tanjung Karang