| Tarikh : 20 November 2025 Masa : 3.00petang-4.30petang Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Pelajar Sekolah Men |
Tujuan
Program webinar ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran para pelajar mengenai ancaman siber yang semakin berkembang dalam era kecerdasan buatan (AI). Selain itu, program ini bertujuan memberikan pendedahan tentang langkah keselamatan digital, cara mengenal pasti risiko dalam talian, serta pentingnya amalan keselamatan ketika menggunakan peranti dan platform digital.
Aktiviti
Pelajar diperkenalkan kepada konsep asas keselamatan siber serta bagaimana AI digunakan dalam sistem keselamatan moden. Penceramah menerangkan contoh ancaman siber seperti phishing, malware, deepfake, dan serangan AI-driven, termasuk bagaimana serangan ini mempengaruhi pengguna harian.Pelajar ditunjukkan cara menggunakan kata laluan selamat, pengesahan dua faktor (2FA), serta teknik mengenal pasti laman web atau mesej mencurigakan. Sesi interaktif membolehkan pelajar bertanya tentang isu-isu keselamatan siber yang mereka hadapi serta mendapatkan tips keselamatan daripada penceramah.