Laporan Aktiviti-TINY TECHIES- Animasi dalam Python Siri 2

Laporan Aktiviti | 5 June 2026
Tarikh    : 16 Mei 2026
Masa     : 11.30pagi-12.30tghri
Lokasi  : NADI Sungai Sireh
Peserta : Pelajar sekolah rendah dan menengah

Tujuan

Program TINY TECHIES – Animasi dalam Python Siri 2 memberi pendedahan lanjutan kepada peserta mengenai pembangunan animasi menggunakan bahasa pengaturcaraan Python. Peserta mempelajari cara menghasilkan pergerakan objek, mengawal animasi melalui kod, serta mengaplikasikan konsep asas pengaturcaraan seperti gelung (loop), pemboleh ubah dan fungsi untuk menghasilkan animasi yang lebih interaktif dan kreatif.

Aktiviti

Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kemahiran pengaturcaraan peserta melalui pembelajaran yang menyeronokkan dan praktikal. Selain itu, program ini membantu membangunkan pemikiran logik, kreativiti dan kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan peserta, di samping memupuk minat terhadap bidang teknologi, pengaturcaraan dan pembangunan digital sejak usia muda.

TINY TECHIES- Animasi dalam Python Siri 2 – NADI Sg Sireh, Tanjung Karang