mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti : Sumbangan Bakul Makanan dari NADI

Tarikh    :  13 Mac 2025
Masa     : 10.00pg-1.00ptg
Lokasi  : NADI Sungai Sireh 
Peserta : Asnaf

Tujuan

Program Sumbangan Bakul Makanan dari NADI ini diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan dengan menyediakan keperluan makanan asas. Program ini adalah hasil kerjasama antara pihak NADI dan beberapa organisasi serta sukarelawan.

Aktiviti

Membantu keluarga yang kurang berkemampuan mendapatkan keperluan makanan asas. Mengeratkan hubungan antara masyarakat dan organisasi yang prihatin terhadap kebajikan komuniti. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membantu golongan yang memerlukan. Petugas juga menghantar bakul makanan dari rumah ke rumah bagi memudahkan penerima dalam mendapatkan bantuan.