| Tarikh : 19 Februari 2025 Masa : 10.00pagi-11.00pagi Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : orang awam |
Tujuan
Program Pengaktifan MyDigital ID berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Inisiatif ini membantu mempercepatkan transformasi digital serta memudahkan komuniti mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan secara dalam talian dengan lebih selamat dan efisien.
Aktiviti
Taklimat ringkas mengenai maksud MyDigital ID, kelebihan penggunaan serta peranan dalam urusan perkhidmatan digital kerajaan. Bantuan diberikan kepada peserta yang menghadapi masalah seperti kegagalan pengesahan atau kesilapan maklumat. Penekanan kepada langkah keselamatan seperti tidak berkongsi OTP, kata laluan, dan memastikan peranti dilindungi.