| Tarikh : 9 Julai 2025 Masa : 3.00ptg-4.00petang Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Pendaftaran Agri Madani ini dijalankan untuk membantu penduduk setempat, khususnya golongan B40 dan M40, dalam proses pendaftaran Program Bantuan Subsidi Madani yang disediakan oleh kerajaan. Program ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat melalui bantuan bersasar.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi penerangan ringkas mengenai jenis bantuan di bawah Subsidi Madani seperti subsidi petrol, bantuan tunai bulanan dan bantuan keperluan asas. Petugas NADI turut memberi bimbingan secara individu dalam mengisi borang pendaftaran secara dalam talian.
https://sgsireh.nadi.my/pendaftaran-program-bantuan-subsidi-madani/