| Tarikh : 30 September 2025 Masa : 3.30ptg-4.30petang Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta tentang cara penyediaan doh asas (pizza base) yang betul. Peserta mempelajari kaedah pembuatan sos piza homemade menggunakan bahan segar. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran asas dalam penyediaan makanan barat.
Aktiviti
Penerangan teori mengenai bahan-bahan dan fungsi setiap ramuan dalam doh dan sos. Demonstrasi oleh tenaga pengajar tentang cara menguli doh pizza hingga elastik. Peserta menghasilkan doh sendiri dan dibiarkan mengembang selama 1 jam.Peserta berjaya menghasilkan pizza base dan sos piza dengan tekstur dan rasa yang baik. Aktiviti berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan positif daripada peserta.