mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti-NADI x Pertanian Pintar Kelas 3 Asas Kesuburan Tanah

Tarikh    : 7 Februari 2025
Masa     : 9.30pg-10.30pg
Lokasi  : NADI Sungai Sireh 
Peserta : Orang Awam

Tujuan

Program NADI x Pertanian Pintar merupakan inisiatif untuk memperkasakan ilmu pertanian dalam kalangan peserta melalui sesi pembelajaran yang sistematik dan interaktif. Kelas ketiga dalam siri ini memberi fokus kepada Asas Kesuburan Tanah, yang merupakan elemen penting dalam pertanian yang mampan.

Aktiviti

Memberikan pemahaman asas tentang kesuburan tanah dan kepentingannya dalam pertanian. Mengenalpasti jenis-jenis tanah dan keperluannya dalam pertanian pintar. Meningkatkan kemahiran peserta dalam menganalisis dan memperbaiki kesuburan tanah menggunakan kaedah moden. Memupuk kesedaran tentang penggunaan baja organik dan kimia secara seimbang.