mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti -NADI Safe Malicious Website: Jangan Sesekali Klik

Tarikh    : 23 Mei 2025
Masa     : 3.00ptg-4.00petang
Lokasi  : NADI Sungai Sireh 
Peserta : Pelajar sekolah rendah

Tujuan

NADI Safe ini memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah tentang bahaya laman web (malicious websites). Ia juga dapat meningkatkan kesedaran tentang taktik penipuan siber seperti phishing, spoofing, dan malware. Kelas ini mendidik pelajar cara mengenal pasti laman web yang mencurigakan dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil.

Aktiviti

Taklimat yang disampaikan sangat bermanfaat dan memberikan pemahaman jelas tentang risiko mengakses laman web yang tidak selamat. Demonstrasi langsung memberi gambaran sebenar bagaimana pengguna boleh menjadi mangsa serangan siber.