| Tarikh : 27 Ogos 2025 Masa : 9.30pagi-11.30petang Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Pelajar Mahir Masak |
Tujuan
Mahir Masak bagi minggu ke-6 memberi fokus kepada pembuatan Korean Garlic Cheese Bun. Peserta didedahkan kepada langkah penyediaan doh roti, teknik memasukkan inti krim keju, serta kaedah celupan sos bawang putih khas yang menjadi tarikan utama hidangan ini. Sepanjang sesi, peserta berpeluang mempelajari teknik asas bakeri, kepentingan kawalan suhu semasa membakar, serta cara menghasilkan tekstur roti yang gebu dan berperisa
Aktiviti
Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran memasak peserta, malah memberi pengalaman menyeronokkan dalam mencuba resipi moden yang popular.