| Tarikh : 13 Ogos 2025 Masa : 9.30pagi-11.30pagi Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Peserta Mahir |
Tujuan
Kelas minggu ke-4 telah memberi tumpuan kepada pembuatan kopi sebagai sebahagian daripada modul kemahiran minuman. Peserta didedahkan kepada pengetahuan asas mengenai jenis-jenis kopi, teknik bancuhan yang betul, serta cara menggunakan peralatan yang sesuai. Mereka juga mempraktikkan penyediaan beberapa variasi kopi seperti kopi tradisional, kopi moden (latte, cappuccino) dan cara menghias minuman bagi meningkatkan daya tarikan.
Aktiviti
Kelas ini membantu peserta meningkatkan kemahiran dalam bidang penyediaan minuman, menambah pengetahuan mengenai seni kopi, serta memberi nilai tambah untuk diaplikasikan dalam perniagaan makanan dan minuman.