| Tarikh : 10 September 2025 Masa : 9.30pagi-1.00petang Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Peserta Mahir |
Tujuan
Aktiviti Mahir Jahit Minggu 5 memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik asas menggunting pola dengan betul. Kemahiran ini penting bagi memastikan fabrik siap sedia untuk dijahit dengan tepat dan kemas.
Aktiviti
Kelas mahir jahit memberi latihan praktikal kepada peserta cara menggunting pola dengan betul. Ia dapat membimbing peserta mengikut garisan pola apron yang telah didraf. Peserta dapat meningkatkan ketelitian, kemahiran asas jahitan dan persediaan sebelum proses menjahit.
https://sgsireh.nadi.my/laporan-aktiviti-mahir-jahit-minggu-5-menggunting-pola-apron/