| Tarikh : 16 Julai 2025 Masa : 10pagi-12tghri Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Tabika Seri Ros |
Tujuan
Seramai 20 orang pelajar tabika Seri Ros mengadakan lawatan sambil belajar di NADI Sungai Sireh. Petugas memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai teknologi dan kemudahan digital. Petugas juga memperkenalkan persekitaran pembelajaran luar bilik latihan komputer yang menyeronokkan dan informatif. Selain itu juga pelajar dapat membangunkan kemahiran asas ICT secara interaktif dan sesuai dengan usia murid. Disamping itu juga petugas menggalakkan pembelajaran aktif dan komunikasi dalam suasana baharu.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan semasa lawatan adalah seperti menaip menggunakan komputer, bermain permainan pendidikan secara atas talian. Selain itu pelajar juga diberi penerangan mengenai komponen komputer seperti monitor, keyboard, mouse dan headphone.