mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti-Kidventure- Live Webinar Cuti Bijak & Proaktif

Tarikh    : 22 Disember 2025
Masa     : 3.00petang-4.30petang
Lokasi  : NADI Sungai Sireh
Peserta : Orang Awam

Tujuan

Program Kidventure – Live Webinar Cuti Bijak & Proaktif telah dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak dan pelajar mengenai cara mengisi masa cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah, selamat dan produktif. Webinar ini menekankan kepentingan perancangan masa, pembentukan sahsiah positif serta penggunaan teknologi secara berhemah. Melalui sesi interaktif dan perkongsian ilmu, peserta didorong untuk menjadi lebih proaktif, kreatif dan bertanggungjawab sepanjang tempoh cuti sekolah.

Aktiviti

Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai perkongsian interaktif merangkumi pengurusan masa, pembentukan sikap proaktif, serta cara memanfaatkan teknologi secara positif. Aktiviti soal jawab dan perbincangan turut dijalankan bagi meningkatkan penglibatan peserta dan menggalakkan mereka berfikir secara kreatif.

KIDVENTURE-LIVE WEBINAR CUTI SEKOLAH BIJAK & PROAKTIF – NADI Sg Sireh, Tanjung Karang