mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Cybersecurity-Ancaman Kamera Tersembunyi, Apa Yang Perlu Anda Tahu Slot 2

Tarikh    : 18 Disember 2025
Masa     : 3.00petang-4.30petang
Lokasi  : NADI Sungai Sireh
Peserta : Orang Awam

Tujuan

Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman keselamatan siber yang melibatkan penggunaan kamera tersembunyi, serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan privasi dan keselamatan diri dalam persekitaran digital.

Aktiviti

Slot 2 memberi fokus kepada penerangan jenis-jenis kamera tersembunyi, lokasi berisiko tinggi, serta tanda-tanda kewujudan peranti pengintipan. Peserta turut didedahkan dengan langkah pencegahan asas dan amalan keselamatan yang boleh diamalkan bagi melindungi privasi diri.

Cybersecurity-Ancaman Kamera Tersembunyi, Apa Yang Perlu Anda Tahu Slot 2 – NADI Sg Sireh, Tanjung Karang