
| Tarikh : 16 Mac 2025 Masa : 10.00pg-1.00ptg Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Pelajar Sek Ren dan Men |
Tujuan
Bengkel Tiny Techies merupakan sebuah program yang bertujuan untuk memperkenalkan pelajar sekolah rendah kepada asas teknologi dan pengaturcaraan. Program ini menekankan pembelajaran secara interaktif serta memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka kemahiran digital dalam persekitaran yang menyeronokkan.
Aktiviti
- Pengenalan kepada konsep asas teknologi dan pengaturcaraan.
- Aktiviti hands-on menggunakan aplikasi atau peralatan teknologi yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah.
- Projek berkumpulan untuk mencipta penyelesaian kreatif menggunakan teknologi.
- Kuiz dan sesi soal jawab untuk mengukuhkan pemahaman pelajar.
Bengkel Tiny Techies Sek Ren dan Men – NADI Sg Sireh, Tanjung Karang