| Tarikh : 14 Mac 2026 Masa : 8.00pagi-3.00petang Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Program Bazar Raya NADI 2026 adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan usahawan kecil dan sederhana, menggalakkan penggunaan platform digital dalam perniagaan serta mengeratkan hubungan komuniti setempat melalui aktiviti ekonomi dan sosial.
Aktiviti
Program Bazar Raya NADI 2026 telah dianjurkan bagi memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan dan menjual produk sempena sambutan Hari Raya. Pelbagai gerai jualan telah dibuka yang menawarkan makanan, pakaian, kuih raya serta produk kraftangan. Selain itu, aktiviti sampingan seperti pertandingan, cabutan bertuah dan promosi digital turut diadakan bagi menarik kehadiran pengunjung.