Tujuan
Kursus ini bertujuan untuk memberikan kemahiran asas kepada peserta dalam membaiki peranti mudah alih, khususnya menukar skrin LCD telefon pintar. Ia diadakan sebagai inisiatif memperkasa komuniti dengan kemahiran teknikal yang boleh menjana pendapatan sampingan.
Aktiviti
Pengenalan kepada komponen telefon pintar dan fungsinya. Demonstrasi secara langsung proses membuka casing dan mengenal pasti jenis skrin LCD. Latihan praktikal menukar LCD menggunakan alat dan peralatan yang betul. Langkah-langkah keselamatan dan penjagaan semasa proses pembaikan. Sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman oleh juruteknik bertauliah.
https://sgsireh.nadi.my/dilea-webinar-bahasa-melayu-berkala-bulan-jun/