mcmc
Kesihatan

Kesihatan

 Klinik Desa Sungai Sireh 

   

Matlamat
–   Mewujudkan sebuah kampung yang kelihatan indah, bersih dan dapat menghindari daripada pelbagai penyakit. “Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati”.

Tujuan 
–   Memupuk semangat bergotong-royong dalam membersihkan kawasam kampung.
–   Memberi kesedaran kepada penduduk tentang kebersihan adalah amat penting dalam menjaga kesihatan.
–   Mempertingkatkan lagi kebersihan kampung.

Aktiviti
–   Menganjurkan program pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor.
–   Penduduk kampung menanam pokok ulam dan sayuran bagi menghiasi kawasan sekeliling rumah.
–   JKKK mengadakan projek keindahan dan kebersihan kampung dengan mengadakan gotong-royong secara berkala. 

Klinik Desa Sungai Sireh
Fungsi
–   Memeriksa kesihatan ibu hamil.
–   Memeriksa kesihatan kanak-kanak.
–   Memberi kaedah perancangan keluarga.
–   Membuat lawatan ke rumah ibu lepas bersalin.
–   Mengadakan pelbagai program yang berkaitan kesihatan, contohnya penyakit H1N1.

Jadual pemeriksaan kesihatan
–   Hari Isnin – Klinik untuk Ibu Hamil.
–   Hari Rabu – Klinik untuk Kanak-kanak.
–   Hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat – Melawat dan menjalankan aktiviti ke rumah ibu lepas bersalin.
                           

Klinik Desa Sungai Sireh
Lorong 7 Parit 1 Sungai Sireh
45500 Tanjung Karang, Selangor
 
Waktu Operasi  8.00 pg – 5.00 ptg 

No. Tel : 03-32613086