Pengenalan
Secara umumnya, bilangan kaum wanita di Kampung Sungai Sireh adalah 548 orang.
Wanita Sungai Sireh boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu bekerja dan suri rumah.
Objektif dan Peranan
– Memberi sokongan dan galakan kepada wanita-wanita di kampung yang menjalankan aktiviti perniagaan.
– Mewujudkan hubungan yang baik dengan JKKK dalam menjalankan aktiviti yang diadakan.
Aktiviti
– Sempena Aidilfitri, kaum-kaum ibu mengadakan rumah terbuka kepada penduduk kampung bagi mengenali antara satu dengan yang lain.
– Mengadakan kelas Pengajian Agama yang diadakan di Surau Nur As-Saadah pada setiap hari Selasa.
– Mengikuti bacaan Yasin di setiap rumah yang mengadakan kenduri bacaan Yasin.
Pencapaian
– Johan Pertandingan anjuran Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang.
– Menerima Jemputan Marhaban di sekitar kampung atau dari luar seramai 20 orang.