| Tarikh : 7 Februari 2025 Masa : 10.00pagi-11.00pagi Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Program NADI Kidventure bagi sesi Webinar Atas Talian: Pelan Perniagaan Mini 2 telah dijalankan secara dalam talian dengan penyertaan kanak-kanak dan remaja. Sesi ini merupakan kesinambungan daripada Pelan Perniagaan Mini 1 yang memberi pendedahan lebih mendalam tentang perancangan dan penyusunan idea perniagaan.
Aktiviti
Webinar ini memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas perancangan perniagaan secara sistematik. Kelas ini juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam membangunkan idea perniagaan. Ia juga melatih peserta membuat perancangan kewangan asas dan strategi pemasaran yang mudah difahami. Membina keyakinan diri melalui aktiviti pembentangan dan perkongsian idea. Memupuk minat keusahawanan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sejak usia muda.
NADI Kidventure-Webinar Atas Talian: Pelan Perniagaan Mini 2 – NADI Sg Sireh, Tanjung Karang