mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti-Pemeriksaan Kesihatan-Welbeing

Tarikh    : 4 Jun 2025
Masa     : 9.30pg-4.00petang
Lokasi  : NADI Sungai Sireh 
Peserta : Orang Awam

Tujuan

NADI Sungai Sireh membuat saringan kesihatan kepada penduduk setempat bagi meningkatkan kesedaran kesihatan dalam komuniti. Mengesan awal tanda-tanda penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan obesiti. Menyediakan nasihat kesihatan dan intervensi awal kepada peserta berdasarkan keputusan pemeriksaan.

Aktiviti

85% peserta menunjukkan keputusan kesihatan normal. 10% dikesan mempunyai bacaan tekanan darah tinggi. 5% memerlukan rujukan lanjut ke klinik kesihatan untuk pemantauan glukosa dan kolesterol. Majoriti peserta menyatakan program ini membantu meningkatkan pengetahuan mereka tentang penjagaan kesihatan diri.