Tarikh : 24 Mei 2025 Masa : 3.00ptg-4.00petang Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Pelajar sek men |
Tujuan
Webinar dapat meningkatkan kefahaman murid Tingkatan 4 dan 5 terhadap subjek Bahasa Melayu, terutamanya dalam aspek penulisan, pemahaman dan persiapan menghadapi peperiksaan SPM. Ia juga memberi pendedahan kepada teknik menjawab soalan yang berkesan berdasarkan format terkini. Disamping itu ia juga mewujudkan platform interaktif antara guru dan murid bagi membincangkan isu atau cabaran dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
Aktiviti
Guru Bahasa Melayu membentangkan topik penting seperti teknik menjawab Kertas 1 dan Kertas 2, serta analisis soalan-soalan peperiksaan lepas. Murid diberi peluang untuk bertanya soalan secara langsung atau melalui ruangan chat bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Webinar Berkala Bahasa Melayu Tingkatan 4 & 5 – NADI Sg Sireh, Tanjung Karang