Tarikh : 23 Mei 2025 Masa : 3.00ptg-4.00petang Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Pelajar sekolah rendah |
Tujuan
NADI Safe ini memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah tentang bahaya laman web (malicious websites). Ia juga dapat meningkatkan kesedaran tentang taktik penipuan siber seperti phishing, spoofing, dan malware. Kelas ini mendidik pelajar cara mengenal pasti laman web yang mencurigakan dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil.
Aktiviti
Taklimat yang disampaikan sangat bermanfaat dan memberikan pemahaman jelas tentang risiko mengakses laman web yang tidak selamat. Demonstrasi langsung memberi gambaran sebenar bagaimana pengguna boleh menjadi mangsa serangan siber.