mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti-Bazar Raya NADI Sungai Sireh- Usahawan NADI

Tarikh    : 22 Mac 2025
Masa     : 10.00pg-4.30ptg
Lokasi  : NADI Sungai Sireh 
Peserta : Usahawan NADI

Tujuan

Bazar Raya NADI Sungai Sireh merupakan sebuah program yang dianjurkan bagi memberi peluang kepada usahawan NADI memasarkan produk mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan aktiviti keusahawanan di kalangan komuniti setempat serta memperkukuhkan jaringan perniagaan antara usahawan tempatan.

Aktiviti

  • Jualan pelbagai produk seperti pakaian, makanan, kuih raya, butang baju melayu dan banyak lagi
  • Sesi demonstrasi produk dan interaksi antara usahawan dan pelanggan.
  • Cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.
  • Persembahan kebudayaan dan hiburan bagi memeriahkan suasana bazar.

Bazar Raya NADI Sungai Sireh- Usahawan NADI – NADI Sg Sireh, Tanjung Karang