Kedai gunting rambut mempunyai risiko sebagai pusat perebakan jangkitan jika TIADA kawalan ketatFaktor risiko di kedai gunting rambut agak TINGGI kerana;
✔️ Jarak rapat antara pelanggan dan tukang gunting rambut
✔️ Tempoh masa yang lama > 15 minit
✔️ Ruang kedai yang sempit dengan pengudaraan yang terhad
.Untuk mencegah perebakan, langkah berikut perlu dilakukan dengan TEGAS dengan pemantauan rapat oleh pihak berkuasa.1. Tukang gunting rambut- Pastikan tidak mempunyai sebarang gejala demam, batuk selsema
– Menggunakan topeng muka
– Membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh pelanggan
– Menjaga kebersihan dan sanitasi premis
– Dilarang vape dan merokok2. Premis- Perlu lakukan pembersihan harian / disinfeksi harian
– Mempunyai ruang pengudaraan yang baik
– Jaga jarak sosial- 1 meter
– Kawal kemasukan pelanggan
– Ruang menunggu di luar dengan jarak sosial > 1 meter antara 1 sama lain
– Rambut yang telah di gunting perlu dibersihkan
– Larangan vape dan rokok3. Pelanggan
– Perlu disaring, pelanggan bergejala tidak dibenarkan masuk
– Menggunakan penutup muka (terutama jika bergejala)
– Membasuh tangan sebelum masuk dan duduk
– Menjaga jarak sosial, jangan berebut, jangan berhimpit
– Dilarang merokok dan vape.Semua masyarakat dan premis perlu beri kerjasama penuh.Kita perlu mempersiapkan diri ke arah budaya kehidupan baru yang mengutamakan langkah langkah pencegahan seperti ini dalam semua aktiviti harian.
#stopcovid19
#stayhome
#dudukdirumah
#kitamestimenang