| Tarikh : 12 Januari 2025 Masa : 3.30petang-4.30petang Lokasi : NADI Sungai Sireh Peserta : Pelajar Sekolah |
Tujuan
Program Open Tuition NADI dianjurkan bagi membantu pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 meningkatkan kefahaman terhadap mata pelajaran teras melalui bimbingan akademik secara berstruktur. Aktiviti ini bertujuan menyokong pencapaian akademik pelajar, mengukuhkan asas pembelajaran serta menyediakan sokongan tambahan di luar waktu persekolahan.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan topik pembelajaran, latihan pengukuhan, sesi soal jawab serta perbincangan berkumpulan mengikut tahap tingkatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara interaktif bagi membantu pelajar memahami konsep dengan lebih jelas dan meningkatkan keyakinan mereka dalam pembelajaran.
OPEN TUITION DILEA Tingkatan 1-5 – NADI Sg Sireh, Tanjung Karang